SMSD
  • .
  • .
  • .
Selamat Datang ke web SMSD
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Laman Utama

Sekolah Menengah Sains Dungun terletak di kawasan seluas 47.048 ekar di Mukim Sura Tengah, Dungun, Terengganu. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini telah bermula pada bulan Januari 1980 dan akhirnya siap sepenuhnya pada bulan Jun 1982. Persediaan untuk memulakan persekolahan bermula pada 1 Mei 1982 dimana beberapa orang guru dan kakitangan sokongan telah ditempatkan di sekolah ini. Akhirnya, pada 15 Ogos 1982, Sekolah Menengah Sains Dungun dengan rasminya memulakan sesi pengajiannya.

Kumpulan pertama pelajar yang mendaftar diri pada 12 Ogos 1982 ialah seramai 450 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu, empat dan enam rendah. Sejak dari tahun 1982 hingga sekarang sekolah ini telah mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dari segi enrolmen pelajar, bilangan kelas, guru dan kakitangan sekolah.

FALSAFAH SEKOLAH MENENGAH SAINS DUNGUN

Berusaha mewujudkan suasana persekolahan yang terancang dan sempurna supaya pendidikan dapat memperkembangkan potensi pelajar-pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang sempurna.

WAWASAN SEKOLAH MENENGAH SAINS DUNGUN

Wawasan Sekolah Menengah Sains Dungun ialah untuk menuju ke arah untukmenjadikan sekolah ini sebagai :

* Pusat pembangunan manusia cemerlang

* Sumber penyuburan nilai-nilai murni bangsa

* Arena penyuburan watak manusia penyayang

* Merangka penghayatan semangat cinta negara

 

MISI SEKOLAH MENENGAH SAINS DUNGUN

Bahawa sesungguhnya misi Sekolah Menengah Sains Dungun ialah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam melaksanakan serta mengendali program pendidikan.Ini adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang cemerlang, mulia dan berkualiti tinggi dalam ilmu pengetahuan agar mereka menjadi insan yang kreatif, inivatif dan proaktif dalam menangani cabaran-cabaran Wawasan 2020.